Friday, April 13

1st time gi kenduri kawin... SERONOK!!

Assalamualaikum.

Actually, sepanjang hayat aku belum pernah pergi kenduri. Tak kira la kenduri kesyukuran ke, kenduri kawin ke, hatta reunion ngn classmate pun aku tak pernah pergi. Aku tak reti bawak diri.

Tapi, pada 4 Feburuari 2012, aku telah 'mencemar duli' menghadiri kenduri kawin buat pertama kalinya dlm hidup aku, yakni kenduri kawin lecturer fundamental physics kesayangan aku, Pn Rasida.



acara memotong kek






Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”

ensem itu subjektif!

Assalamualaikum.

Tahun ni meriah giler nonton abpbh ngan housemates. Tepat jam 9 malam, sume dah tercongok depan tv. Excited la katakan. Masing-masing mensasarkan target pada artis favourite diorang.




Sambil-sambil duk layan abpbh ngan diorang, ada la mereka yg kat depan tv and kat fesbuk twitter yg duk puji-puji kehenseman aaron aziz.

aaron aziz ensem?? bagi aku colin morgan lagi ensem..


ensem kan.. huhu^^







Thursday, April 12

Detik ke-21

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menjejaki angka 21 pada 9 April lalu. Buat julung-julung kalinya aku beli birthday cake untuk diri sendiri.



birthday cake sponsored by DUIT MARA!! =)


Azam tahun baru???
# Nak dapatkan anugerah dekan untuk kali ke-2. InsyaAllah